Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bukan sedikit hasil ketirisan kutipan hasil Lesen Kenderaan Motor (LKM) di negara ini.

Ia dilaporkan mencecah RM50 juta bagi tempoh urusniaga dari Januari sehingga Ogos 2019.

Selain itu, berdasarkan kepada rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mendapati lebih 50 peratus urusniaga pembaharuan LKM yang dilakukan di Sabah, Sarawak, Pulau Labuan dan Langkawi adalah melibatkan kenderaan yang didaftarkan serta digunakan di luar kawasan wilayah tersebut.

Justeru, JPJ memandang serius masalah yang berlaku dan akan menubuhkan satu pasukan bertindak khas bagi menanganinya.

“Isu ketirisan ini adalah melibatkan urusniaga pembaharuan LKM Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi yang dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk kegunaan di kawasan Semenanjung Malaysia.

“Objektif pasukan petugas khas ini adalah bagi mewujudkan mekanisme yang berkesan dalam menangani isu ini daripada berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan kepada Laporan Audit Dalaman Kementerian Pengangkutan dan analisis JPJ dengan mengambil kira rekod urusniaga pembaharuan LKM yang telah dijalankan.

Sementara itu, urusniaga pembaharuan LKM bagi semua jenis kenderaan dan kapasiti enjin adalah berjalan seperti biasa di semua pejabat JPJ dan rakan niaga yang lain.

JPJ memandang serius perkara ini serta berusaha untuk memantapkan integriti penyampaian perkhidmatan khususnya bagi aktiviti kutipan hasil demi kebaikannmasyarakat dan negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast