Rafael Nadal menang bergaya ke atas lawan untuk mengesahkan kemaraan ke suku akhir Tenis Terbuka Amerika Syarikat hari ini.

NEW YORK – Rafael Nadal melangkah ke suku akhir Tenis Terbuka Amerika Syarikat hari ini.

Pemain tenis nombor dua dunia itu menundukkan pemain Croatia, Marin Cilic yang merupakan juara edisi 2014 dalam empat set 6-3, 3-6 6-1,6-2.

Nadal yang merangkul 18 gelaran Grand Slam akan bertemu pemain nombor 20 dunia, dari Argentina, Diego Schwartzman.

“Saya tidak dapat bersaing dengan lawan pada set kedua kerana dia sangat agresif dan memukul setiap bola dengan kuat dan tangkas.

“Selepas set kedua memihak kepada dia, saya dapat bangkit pada set ketiga dan keempat sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir,” kata Nadal.

Selepas juara bertahan, Novak Djokovic menarik diri semalam akibat kecederaan bahu, Nadal kini diletakkan antara pemain pilihan untuk memenangi Terbuka AS di samping Roger Federer.

Kedua dua pemain itu diramal bertemu pada aksi final Ahad ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast