Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks D, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 03 SEPTEMBER 2019

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih tidak menerima sebarang laporan polis berhubung dakwaan 300 laman web di negara ini digodam oleh pihak luar.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya wujud pihaknya tidak terlibat secara langsung sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya tak dapat laporan itu lagi, Ketua Setiausaha kata tak melibatkan KDN setakat hari ini,” katanya pada sidang media di kementeriannya, hari ini.

Sebelum ini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak menolak kemungkinan berlaku niat jahat berikutan kegagalan rangkaian sistem berkenaan pada 21 Ogos lalu menyebabkan ribuan penumpang terjejas dan berlaku keadaan yang huru-hara.

Sebelum ini, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, tiada sebarang aktiviti serangan siber dikesan setakat ini susulan insiden gangguan teknikal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

NACSA menjelaskan siasatan awal yang dilaksanakan oleh MAHB mendapati kejadian ini disebabkan kegagalan perkakasan rangkaian. – MalaysiaGazette