KUALA LUMPUR – Dunkin’ Donuts meluaskan saluran perdagangannya dengan Shopee dalam memberi pengalaman membeli yang terbaik kepada pelanggannya selepas bekerjasama dengan Foodpanda dan Grab.

Peluasan perkhidmatan ini selepas Dunkin’ Donuts mendapati perkhidmatan penghantaran makanan menyumbangkan hampir 10% daripada jualan keseluruhan cawangan-cawangan ini,” kata Jesrina Liew, Pengurus Besar Dunkin’ Donuts Group.

Menurutnya, walaupun masih ramai pelanggan yang gemar mengunjungi premis-premis perniagaan, terutamanya perniagaan makan dan minum, namun tidak dapat dinafikan masih ramai pelanggan gemar mencari maklumat serta promosi dalam talian sebelum membeli di premis makanan.

“Oleh itu, kami beranggapan pasaran dalam talian seperti Shopee, dengan taktik pemasaran inovatif dan agresif mereka seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa manfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan-cawangan kami.

“Mengambil contoh Kempen Super 9.9 Shopee, kami menganggarkan bahawa pengunjung platform tersebut akan meningkat sebanyak empat kali ganda dan berharap kempen tersebut boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan kami,” katanya.

Sejak melancarkan kedai dalam taliannya di Shopee pada 26 Jun 2019, Dunkin’ Donuts telah mendapat sambutan yang sangat positif dari rakyat Malaysia.

Ia telah menjual lebih 5,000 donat dalam talian sepanjang kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day yang akan berakhir pada 9 September.

Di samping itu, tawaran minuman Dunkin’ Chocolate dan Dunkin’ Coffee juga mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Malah, kedai maya Dunkin’ Donuts juga mencatatkan peningkatan dalam pesanan harian sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day, berbanding dengan kempen 7.7 Orange Madness. Boucar 9-donut Dunkin’ Donut habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan 1.6 kali dari kempen sebelumnya.

Sementara itu, Shopee berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk membantu Dunkin’ Donut, tidak kiralah dari segi pemasaran atau kempen bersama supaya perniagaan atas taliannya terus berkembang di seluruh negara.

Dunkin’ Donuts juga boleh memanfaatkan ciri-ciri aplikasi Shopee yang lain seperti Shopee Quiz dan Shopee Live untuk mendekati pelanggan mereka dan memberi pengalaman membeli-belah yang lebih bermanfaat.

Selain tawaran donat RM0.99, Dunkin’ Donuts juga adalah salah satu jenama yang ditawarkan dalam pek baucer RM9.90 Super Shopping Day 9.9.

Melalui promosi ini, pelanggan yang membeli Pek baucer RM9.90 dapat menikmati diskaun daripada pelbagai jenama termasuk Dunkin’ Donuts.

Jumlah diskaun yang diberi penjimatan kepada pelanggan sehingga 17 kali ganda daripada jumlah yang telah dibelanjakan.

Mulai sekarang hingga 9 September, promosi 9.9 Super Shopping Day akan menampilkan diskaun sehingga 90%, dan tawaran harian dari serendah RM1 dalam jualan Shocking Sale dan permainan ONE OR NOT.

Pengguna juga akan dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM9. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast