KUALA LUMPUR – Hampir memasuki bulan ketiga penyebaran lima video semburit mirip seorang menteri Kabinet, hari ini tular lagi empat lagi video berkenaan di aplikasi WhatsApp.
Kesemua video itu tersebar sejak malam tadi dan disalurkan kepada pengamal media dan beberapa orang kenamaan dalam satu group Whatsapp.
Penelitian MalaysiaGazette mendapati hanya satu video baharu manakala selebihnya adalah versi lama yang tersebar sebelum ini.
Video berdurasi tiga minit tiga saat itu dipercayai memaparkan permulaan kepada video seks sebelum ini.
Dalam video itu kelihatan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang hanya memakai seluar dalam berwarna putih mundar mandir dalam video berkenaan di minit ke 1.50 saat.
Turut kelihatan lelaki yang didakwa menteri Kabinet memakai jubah mandi.
Haziq kemudian merapati lelaki berkenaan dan merebahkan diri ke katil.
Kemudian Haziq membuka jubah mandi pasangannya dan aksi belai membelai pun dimulakan oleh beliau.
Adegan itu diteruskan di video berkenaan sebagaimana yang ditularkan pada Jun lalu.
Pada Julai lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata seorang pemimpin parti politik dikenal pasti menjadi dalang melakukan pakatan jahat merakam dan menyebar video hubungan songsang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lagi lelaki.
Malah Hamid turut mengesahkan ketulenan video tersebut adalah tinggi namun hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) dijalankan adalah negatif.
Jun lalu, tular beberapa video di media sosial sejak 13 Jun lalu didakwa antara Haziq Abdullah dengan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, bagaimanapun Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menafikan tuduhan berkenaan. -MalaysiaGazette