KUALA LUMPUR – Tindakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan senarai soalan kerap ditanya (FAQ) mengenai Lynas dua hari lalu amat dikesali malah Ahli Parlimen Bentong Wong Tack menyifatkan perkembangan tersebut menghina Kementerian Tenaga , Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim juga PMO itu sendiri.
Dalam satu kenyataan di sini, Wong Tack yang membantah Lynas berkata, beliau percaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membenarkan pejabatnya diturunkan taraf menjadi pejabat jualan dan pegawai-pegawainya pula berperanan sebagai jurucakap kilang nadir bumi itu. .
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak yang berkenaan mengenal pasti pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab yang telah menyalahgunakan serta mengaibkan pejabat tertinggi di negara ini.
“Sangat jelas tindakan mereka berniat untuk menghalalkan ooperasi syarikat asing, yang sejak bertahun-tahun telah gagal mematuhi undang-undang dan peraturan kita.
“Syarikat yang telah gagal menghormati perjanjian mereka sendiri, dan sekarang memaksa rakyat Malaysia ‘menelan’ 2 juta tan sisa radioaktif dan bahan berbahaya,” katanya.
Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menyiasat pegawai-pegawai yang terbabit yang berkemungkinan telah menyalahguna kuasa serta rasuah.
Rabu lalu, PMO menerusi FAQ menjelaskan kesan sekiranya lesen operasi Lynas tidak dilanjutkan, antaranya lebih 600 pekerja tempatan bakal hilang pekerjaan, tidak dapat memecahkan monopoli China ke atas eksport nadir bumi serta
Pada Rabu, PMO senaraikan 3 kesan sekiranya tempoh lesen operasi Lynas tidak dilanjutkan, termasuk lebih 600 pekerja tempatan hilang pekerjaan, tidak dapat memecahkan monopoli China ke atas eksport nadir bumi serta kredibiliti Malaysia sebagai negara mesra perniagaan juga terjejas.
Laporan berbentuk infografik 14 perkara itu juga menunjukkan operasi Lynas di Gebeng, Pahang sejak 6 tahun lalu terkawal dan selamat. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan
Lynas pelaburan besar, tidak boleh layan seperti pariah- Tun M