ANDHRA PRADESH, India – Seorang wanita warga emas berusia 74 tahun melahirkan bayi kembar di negeri Andhra Pradesh semalam.
Pakar perubatan sakit puan yang bertanggungjawab menyambut kelahiran bayi kembar itu berkata, wanita tua itu melahirkan bayi secara normal menggunakan kaedah tabung uji atau pembenihan in-vitro (IVF).
Menurut Dr. Uma Sanker, ibu dan kedua dua bayinya berada dalam keadaan sihat selepas kedua dua bayinya.
Mangayamma Yaramati berkata, dia dan suaminya, Sitarama Rajarao, 82, sentiasa mengimpikan anak sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 1960an.
Katanya sejak menggunakan kaedah pembenihan in-vitro atas nasihat doktor pakar, dia disahkan hamil selepas dua bulan menerima rawatan IVF.
“Kami telah cuba mendapatkan bayi menggunakan segala kaedah dan usaha bersungguh-sungguh sehingga pernah berjumpa ramai doktor.
“Namun semuanya tidak memberi harapan sehinggalah kami mendengar berita wanita Jerman melahirkan bayi pada usia 65 tahun pada 23 Mei 2015 lalu.
“Kami mendapat keyakinan baharu selepas mendapatkan nasihat pakar perubatan di Hospital Swasta mengenai IVF,” katanya.
Oleh kerana Mangayamma melepasi tahap moinopaus dan tidak boleh menghasilkan ovum untuk persenyawaan secara semulajadi, doktor telah menggunakan telur wanita lain menerusi pendermaan dan dicantumkan dengan sperma suaminya menerusi persenyawaan dalam tabung uji sebelum disuntik ke rahim Maggayamma pada Januari lalu.
Menurut doktor, Maggayamma mungkin merupakan wanita tertua di dunia yang melahirkan bayi setakat ini yang boleh direkodkan dalam World Guinness Records.
Pada 2016 seorang wanita warga emas berusia 72 tahun dari Punjab bernama Daljinder Kaur memegang rekod dunia sebagai wanita tertua melahirkan bayi.- MalaysiaGazette