KOTA KINABALU – Polis berharap dalam menyelesaikan siasatan kematian Mejar Mohd Zahir Armaya semasa latihan gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia awal minggu lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, polis sudah merakamkan kenyataan daripada beberapa individu termasuk tentera yang terlibat dalam tembakan tersebut.
“Kami sudah merakam kenyataan daripada tentara berusia 36 tahun yang terlibat dalam demonstrasi itu, yang mana peluru hidup digunakan,” katanya seperti yang dilaporkan FMT.
Ditanya sama ada tindakan jenayah terlibat, beliau berkata: “Siasatan kami mendapati kejadian ini tidak sengaja.
“Tetapi kami masih menyiasat dan saya tidak dapat membentangkan banyak butiran buat masa ini.”
Kejadian itu berlaku di Kem Tentera Lok Kawi pada pukul 8.25 pagi, Rabu lalu selepas baju kalis peluru yang dipakainya tertembus selepas terkena tembakan.
Allahyarham merupakan pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu. – MalaysiaGazette