KUALA LUMPUR – Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan semalam.
Berita gembira kelahiran bayi seberat 2.75 kilogram diumumkan Azrinaz di laman Instagramnya sambil menyifatkan kehadiran orang baharu itu melengkapi kehidupannya dan suami.
“Allah SWT ada perancang terbaik. Semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah. Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.
Azrinaz, 40, dan Fairos Khan Abdul Hamid melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu selepas mula rapat sejak lebih setahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11. – MalaysiaGazette