TERKINI: TVET Bukan Lagi Pilihan Kelas Kedua – Dr Maszlee Malik

Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) bukan lagi pilihan kelas kedua kepada pelajar sebelum melanjutkan pengajian lebih tinggi di negara ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik sebaliknya berkata, pihaknya akan mengangkat kedudukan TVET lebih tinggi dan menjadi pendidikan utama kepada masa depan dunia.

“Saya boleh beri jaminan bahawa masa depan TVET di Malaysia agak cerah dan kita juga menyeru lebih ramai pelajar terlibat dengan TVET sebab pendidikan ini bukanlah pilihan terakhir ataupun bukan pilihan kelas kedua.