Permandangan bandaraya Kuala Lumpur terjejas akibat jerebu. - foto IQBAL BASRI, 11 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Bacaan kualiti udara di Sri Aman Sarawak kekal bahaya sejak pukul 3 pagi hingga 7 pagi tadi dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan 359.

Sri Aman menyaksikan peningkatan dalam bacaan IPU dari 311 pada jam 3 pagi .

Manakala stesen di Port Dickson, Kuching dan Johan Setia, Klang pula masing-masing merekodkan IPU sangat tidak sihat iaitu 207, 216 dan 232.

Sementara itu sebanyak 29 kawasan di Malaysia merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 7 pagi tadi.

Di Perak, Tanjung Malim mencatatkan IPU 170.

Batu Muda, Cheras dan Putrajaya di Kuala Lumpur masing-masing merekodkan IPU 155.144 dan 178.

Di Selangor – Kuala Selangor (175), Petaling Jaya (158), Shah Alam (169), Klang (192) dan Banting (174).

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan kualiti kuada (195) dan Seremban (171).

Tiga kawasan di Melaka turut merekodkan IPU tidak sihat iaitu Alor Gajah (174), Bukit Rambai (189) dan Bandaraya Melaka (167).

Bacaan IPU di Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Tangkak pula ialah 142, 110, 107 dan 132.

Sementara itu, Temerloh (136), Jerantut (112) dan Indera Mahkota 116.

Di Sarawak kawasan-kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah ILP MIri (107), Miri (125), Samalaju (113). Bintulu (128), Mukah (139), Sibu (165), Sarikei (148) dan Samarahan (161).

Bagi bacaan IPU, 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 dan ke atas adalah berbahaya. – MalaysiaGazette