Sebahagian gelagat pelajar sekolah yang memakai topeng muka kerana terjejas akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 163 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam 1 petang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 82 sekolah menangah dan sekolah rendah telah ditutup operasinya hari ini ekoran jerebu yang melanda ibu negara.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rusni Ab Jalili dalam satu kenyataan berkata, setakat 11 pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Stesen Batu Muda di ibu negara menunjukkan bacaan tidak sihat melebihi 200.

Setakat jam 11 pagi tadi, 57 sekolah diarahkan ditutup hari ini demi kesihatan guru, pelajar dan semua kakitangan terlibat.

Namun dua jam kemudian angka itu meningkat dengan penutupan tambahan 25 sekolah lagi di kawasan Batu Muda.

Ia menjadikan secara keseluruhannya 82 sekolah di bahagian Batu ditutup meliputi kawasan Sentul yang telah ditutup operasi melibatkan 58,618 pelajar.

Mengikut pecahannya daripada 82 sekolah itu 57 sekolah adalah sekolah rendah, enam sekolah Tamil dan 16 sekolah Cina serta sebuah kolej Tingkatan 6 Desa Mahkota.

Manakala dibawah Pejabat Pendidikan Daerah Keramat, 66 sekolah lagi ditutup operasi melibatkan 48, 527 pelajar.

Jabatan Pendidikan WP menasihatkan pihak sekolah bertindak selaras dengan surat siaran Kementerian Pemdidikan yang meminta ditutup sekiranya IPU kawasan mereka melebihi 200. – MalaysiaGazette