Zed Zaidi

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendakwa menteri Pakatan Harapan asyik berpolitik dan berdrama berbanding menggembleng usaha efektif dalam menangani isu jerebu yang semakin serius ketika ini.

Zed berkata, menteri tidak mengambil serius perihal situasi ditanggung rakyat yang menderita akibat pencemaran jerebu apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa negeri semakin tinggi di paras bahaya.

“Nak tanya menteri pun rasanya tak payah la sebab dorang (mereka) bukan tahu sangat pasal kebajikan rakyat asyik politik dan berdrama 24 jam walaupun dah jadi menteri.

“Dah jadi menteri pun b** hmm…rakyat lagi kesian sebab diper***kan selama ini haaiiii… sayangi Malaysiaku,” katanya melalui hantaran di media sosial.

Zed menujukan kenyataan itu kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, difahamkan Zed mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran bimbang melihat situasi yang terpaksa dihadapi anaknya, Ryan Ziqry, berusia tujuh tahun semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast