Pelakon, Datin Diana Danielle Beeson yang pernah dilaporkan mengalami serangan kebimbanganĀ (anxiety attack) sejak setahun lalu kini sudah 95 peratus pulih.
Pelakon wanita kelahiran Amerika itu penuh ceria memberitahu, beliau sembuh dengan semangat yang kuat.
Beliau mengamalkan tidur awal, makan mengikut waktu dan mengambil suplemen tenaga dalam usaha mengurangkan rasa bimbang yang melampau.