KUALA LUMPUR – Gerakan memboikot produk keluaran bukan bumiputera bukan sahaja akan merosakkan ekonomi negara sebaliknya mempunyai potensi besar ‘memakan diri’ pada masa depan.
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Abdul Johari Ghani memberi peringatan kepada umum khasnya masyarakat Melayu supaya lebih berhati-hati dalam kempen megutamakan produk Muslim (BMF).
Lagipun, katanya, pemilikan produk itu tidak boleh ditentukan hanya melalui pemegangan saham sahaja semata-mata.
Bagaimanapun, secara umumnya Johari mengakui kempen BMF bukan bererti memboikot yang bukan muslim namun pada masa sama turut melontarkan persoalan bagaimana mahu mengetahui status pemilikan sesebuah syarikat itu.
Kata beliau, banyak juga syarikat muslim pun dimanipulasi daripada segi pegangan saham.
“Saya beri anda contoh, kita ingat BMF usahawan Melayu buka kilang, dia pula hendak besarkan kilang pinjam pula dengan tauke Cina. Tapi ingat ya, oleh kerana dia pinjam daripada tauke Cina, tauke itu bercakap pasal sekuriti pegang saham 51 peratus sehingga habis pembayaran hutang.
“Bayar hutang barulah saham itu dipulang balik. Orang ini pula sebenarnya menjual produk muslim tapi jika kamu hendak berdasarkan pegangan saham semua orang akan boikot dia.
“Oleh yang demikian, kita perlu berhati-hati kerana akhirnya ini akan memakan diri kita sendiri, ini boleh backfired kita sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kapasiti sebagai panelis forum ‘Cabaran Dasar Ekonomi Baru di Era Malaysia Baru’ anjuran Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang tadi.
Kata Johari lagi, kriterian yang perlu diberikan sebenarnya adalah produk halal dan bukan halal.
“Dari segi meniaga, perniagaan itu sangat universal tanpa mengira warna, Melayu, Cina atau India. Yang bezakan sebenarnya adalah produk halal dan tidak.
“Contohnya, produk seperti Milo, Nescafe yang juga satu keperluan asas. Majoriti rumah kita sendiri ada keperluan seperti ini, Nestle, Dutchlady. Mungkin ianya orang luar tetapi mereka telah ingat proses yang dikeluarkan serta diiktiraf oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
“Kita main retorik cerita yang kemudian menyebabkan kita tidak ada lagi dalam dunia perniagaan seperti ini. Kerana itu saya enggan mengulas panjang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau sekali menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana bertindak ‘bijak’ dengan memansuhkan GST sekaligus kehilangan pendapatan negara sebanyak RM21 bilion setahun.
Malah tindakan itu juga dianggap menyusahkan rakyat kerana kutipan cukai lain dilakukan bagi menstabilkan ‘kerugian’ RM21 bilion ini.
“Ramai sebenarnya mengundi PH kerana janji mereka untuk turunkan harga barang melalui pemansuhan GST tapi kini mereka dapat ‘jawapan mahal’ kerana bukan sahaja harga barang tidak turun sebaliknya ada pula cukai-cukai lain menggantikan GST ini,” ujarnya. –MalaysiaGazette
Kira kena bantu Melayu/Islam…..buat kilang ……buka supermarket…..dan sebagainya…..bantu sesama Islam…tak perlu lah nak cari share partner bangsa cina…..diMalaysia ni Melayu/Islam….yang berkemampuan …..jutawaan…..hartawan…suka suka cari pasangan niaga dengan bangsa lain….nak cepat kaya……halal haram langgar semacam…..lu masa timbalan menteri kewangan berapa banyak peruntukan untuk Melayu berniaga……sembang boleh lah….