Polis menerima laporan daripada majikan wanita itu memaklumkan mangsa tidak hadir bekerja.

KUALA LUMPUR – Seorang penjual ikan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Puchong semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik, Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya berkata kejadian berku pukul 8.45 malam di Puchong Link, Puchong melibatkan motosikal dan kereta Myvi.

“Semasa kejadian mangsa berusia 38 tahun dan bekerja sebagai penjual ikan menunggang motosikal Honda NSC menghala ke Puchong.

“Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang jurujual, Jerry Fong Jun Wei di lorong tengah terlanggar belakang motosikal yang dinaiki mangsa.

“Akibatnya mangsa terjatuh atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zulkefly yang beralamat di Taman Cheras Batu 9, Kajang telah mengalami kecederaan parah di kepala sebelum meninggal dunia serta merta.

Pemilik Myvi yang berasal dari Seri Kenangan Meru, Klang pula tidak mengalami sebarang kecederaan di anggota badannya.

Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast