KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan kekurangan minat belian.

Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.1720/1770 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1720 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata permintaan terhadap dolar US dijangka kekal dalam tempoh jangka pendek berikutan pasaran kewangan terus memberi tumpuan kepada risiko geopolitik.

Dalam beberapa minggu ini, mata wang Amerika Syarikat itu menyaksikan spekulator besar dan dana lindung nilai meningkatkan kedudukan panjang bersih mereka kepada jumlah tertinggi sejak Jun.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.5971/6031 daripada 4.6040/6.101 dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2062/2141 daripada 5.2196/2254.

Ia susut berbanding yen kepada 3.8716/8773 daripada 3.8589/8637 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/0365 daripada 3.0297/0337. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast