KUALA LUMPUR – Teka-teki senarai peserta rancangan realiti hiburan paling popular Gegar Vaganza musim keenam (GV6) akhirnya terjawab apabila diumumkan semalam.

Mereka merupakan nama-nama besar antaranya Roy, Jatt Black Dog Bone, Wann, Sham Visa dan Noorshila Amin.

Malah, penyanyi wanita yang pernah popular sekitar era 90-an dan awal tahun 2000 seperti Mazleela, Feeza dan Nur Fatimah turut bertanding kali ini.

GV6 antara lainnya turut dibarisi Naqui Boboi dan Amer Sofarz.

Masih mengekalkan format sama seperti tahun lalu, GV6 disertai dua kumpulan iaitu Kool (Hairie & Riot) serta One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae) yang turut disertai penyanyi solo kelahiran Sabah, Sabhi Saddi.

Senarai itu diumumkan dalam satu sidang media yang berlangsung di The Gardens Theatre, Mid Valley Kuala Lumpur.

GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad pukul 9 malam.

Untuk rekod, GV musim pertama telah dimenangi oleh Ayai (Ilusi) dan diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4) dan Noryn Aziz (GV5).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast