Tunang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Nurul Najihah Mohd Radzi

SHAH ALAM – Abang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, Mohd. Asraf kelihatan dalam galeri awam di Mahkamah Koroner bagi mendengar keputusan inkues hari ini.

Mohd. Asraf, 31, tiba pukul 9 pagi bersama tunang kepada anggota bomba terbabit, Nurul Najihah Mohd. Radzi, 25.

Turut kelihatan peguam mewakili keluarga, Syazlin Mansor.

Bagaimanapun bapa arwah, Mohd. Kassim Abdul Hamid tidak hadir mendengar keputusan inkues anaknya itu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast