Foto Instagram Abby Abadi.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Abby Abadi, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor pagi tadi.

Namun bayi itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) disebabkan lahir pramatang berusia 23 minggu.

Suaminya, Faizal Zakaria berkata buat masa ini isteri dan anaknya itu berada dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala-galanya. (Bayi lelaki) Selamat dilahirkan pada 10.43 pagi… Cinta saya @abby_abadi112 dalam keadaan stabil. BP (tekanan darah) pun sudah turun,” tulis di Instagram miliknya.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 41, dimasukkan ke hospital sejak lima hari lalu selepas menghadapi masalah tekanan darah tinggi.

Abby yang mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015 mengambil dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi perkahwinan sebelum ini pula, aktres itu dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Dua tahun lalu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meninggal dalam perut gara-gara tekanan darah tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast