KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim hari ini memuatnaik satu status di Twitter dengan mempersoalkan keputusan Koroner Rofiah Mohamad berhubung inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.
Siti Kasim berkata, pihak Mahkamah Koroner sepatutnya mengajak pihak kuil jadi sebahagian daripada inkues berkenaan dalam mencari keadilan yang sebenar.
“Saya tertanya-tanya bagaimana Koroner membuat keputusannya. Dia mengajak pihak kuil jadi sebahagian daripada inkues,” katanya di Twitter, hari ini.
Beliau sebelum ini mendakwa dirinya sebagai peguam pemerhati bagi Ahli Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman.
Pada Januari lalu, Koroner Rofiah menolak permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman dan 50 penganut Hindu untuk menjadi salah satu pihak berkepentingan dalam inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba, Muhammad Adib.
Koroner Rofiah hari ini memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga.
Keputusan itu diumumkan selepas 41 hari prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib berlangsung.
Ketika membacakan keputusan tersebut, Koroner Rofiah juga berkata, mahkamah memutuskan bahawa kecederaan Allahyarham Muhammad Adib bukan perbuatan sendiri sebaliknya disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu. -MalaysiaGazette
Adib mati akibat dipukul, diserang pihak ketiga – Koroner Rofiah
Dia ni apa kes….. Lebih baik diam drp berkata2
Ape salah nya, dia bersuara, tak salah pun, tak de trial kat mahkamah, tuk mendakwa suspek, mana pegi pihak ketiga yg mencederakan Arwah Adib, saksi je yg ade, klau ade saksi, knp tak berkas suspek dan dakwa di mahkamah?? tak masuk akal langsung!! mana hilangnya Rang Undang Undang di negara ni??
Suspek dah ada tapi dibebaskan hari tu kan? Nak tangkap balik? Mungkin dah tak ada dalam malaysia.
Alaa kassim…alaaa kassimmm…jgn mnyebuk boleh..kau ingat kau lawyar buruk kau lbh bijak…kau layak bckp dgn bang non dn azmin serta rafizi jaa…kau xlayak bckp tentang undang bilamana kau sdr xmghormati undang²…cermin diri dulu…pbaikki akidah kau dulu sbelum nk mberi pandang dr kacamata kau..klu kau lbh layak dr dia kau xakn jd mcm babi mnyondol jaa…klu kau layak kau spttnya duduk d tmpt dia…tengok diri cermin diri…siapa kau tu…apa class org mcm kau nk bckp ttang undang²