Seorang mekanik sedang membuka pintu tandas pesawat United Airlines selepas seorang wanita terperangkap di dalamnya. foto Agensi

WASHINGTON – Sebuah pesawat United Airlines terpaksa membuat pendaratan tanpa berjadual semasa dalam penerbangan apabila seorang penumpang terperangkap dalam tandas.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan dari Washington ke San Francisco. tetapi terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver.

“Pintu tandas tidak bekerjasama” semasa penerbangan itu, kata jurucakap United Airlines.

Wanita yang terperangkap itu berjaya dikeluarkan selepas seorang mekanik dibawa masuk ke dalam pesawat untuk membuka pintu tandas.

Mangsa terperangkap dalam tandas kira-kira sejam, dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan.

Penerbangan 1554 itu sepatutnya dijangka mendarat di San Francisco pada pukul 20.38 waktu tempatan (o3.38 GMT) tetapi telah mendarat di Denver pada pukul 19.21.

Ia mengambil masa dua jam untuk berlepas ke San Francisco.

United Airlines meminta maaf kepada semua para pelanggannya berhubung kelewatan dan kepada wanita yang terperangkap dalam tandas berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast