Sebahagian ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir bagi mendengar keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan mahkamah koroner yang memutuskan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga, pastinya melegakan ramai pihak khususnya keluarga mangsa.

Susulan itu, Presiden MCA itu mahu pelaku-pelaku yang menyebabkan tragedi itu diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib berlangsung.

Koroner berkata, mahkamah juga memutuskan kecederaan Allahyarham Muhammad Adib bukan perbuatan sendiri, sebaliknya disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu.

Mahkamah Koroner menyerah kepada Peguam Negara dan polis untuk melakukan pendakwaaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast