Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin bercakap pada sidang media selepas hadir pada Majlis Konvokesyen Pertanian kali ke-9 2019 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan D, MAEPS Serdang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 30 SEPTEMBER 2019.

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengingatkan pemain industri agar mengutamakan pekerja tempatan yang terlatih dan berkemahiran.

Menurut timbalannya, Sim Tze Tzin, penguasaan sektor pertanian dan petani disarankan berbuat demikian agar tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing.

“Kementerian yang betul-betul bertungkus lumus melatih graduan ini untuk bekerja dalam sektor pertanian.

“Mereka terlatih maka saya mohon supaya pengusaha beri peluang pekerjaan yang berkualiti kepada mereka. Mereka bukan pekerjaan asing dan buruh murah dan berilah mereka peluang dan gaji yang lebih baik dan yakinlah bahawa mereka akan bantu mengembangkan industri pertanian,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis Konvokesyen Pertanian kali ke 9 hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 1,085 graduan diraikan dalam majlis itu daripada 14 institusi latihan pertanian seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, Tze Tzin berharap kesemua graduan hari ini agar boleh terus kekal dalam industri dan menyumbang kepada industri pertanian secara langsung.

“Saya cukup yakin bahawa mereka yang terlatih ini boleh menyumbang dalam industri pertanian. Bagi golongan muda, saya harap mereka akan kekal dalam industri pertanian.

“Ramai diantara mereka lepas dapat sijil mungkin berhijrah ke sektor yang lain. Kita mahu mereka kekal dalam sektor ini kerana ini adalah sektor yang amat berpotensi dan masa depan cukup cerah,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast