TAIPEI – Seramai enam orang anak kapal menangkap ikan dikhautiri terperangkap apabila sebuah jambatan runtuh di timur laut Taiwan yang menyebabkan 10 orang mengalami kecederaan, kata pihak berkuasa.

Beratus-ratus anggota penyelemat dikerahkan ke lokasi kejadian dan kren, jengkaut serta peralatan lain digunakan untuk membebaskan bot-bot tersebut manakala penyelam beruasaha membawa keluar mereka yang terperangkap, lapor Reuters.

“Jambatan itu runtuh pada pukul 9.30 pagi ketika lori tangki minyak berada diatasnya terbakar,” kata Shih I-chun, Setiausaha kepada Datuk Bandar bandar pelabuhan, Suao di mana runtuhan berlaku.

“Kami khuatir beberapa nelayan mungkin terperangkap dalam bot,”.

Agensi Kebakaran Kebangsaan berkata, kebanyakan mereka yang tercedera ialah nekayan asing dan enam anak kapal dikhuatiri terperangkap. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast