Sebanyak 28 entiti China telah disekat AS daripada membeli produk kerana dituduh terlibat dalam penganiayaan etnik Uighur.

NEW YORK – Amerika Syarikat telah menyenaraihitam 28 organisasi milik China atas tuduhan terlibat dalam penindasan terhadap etnik Uighur di wilayah Xinjiang.

Kesemua 28 organisasi China itu kini dimasukkan dalam senarai entiti yang disekat daripada membeli produk syarikat AS tanpa kelulusan Washington.

Syarikat itu termasuk salah sebuah pengeluar peralatan pengintipan terbesar di dunia.

China bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang ulusan berhubung sekatan terbaharu AS terhadap 28 syarikat miliknya.

Jabatan Perdagangan AS menyatakan kesemua organisasi China itu didakwa terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia dan penderaan.

Kumpulan aktivis hak asasi manusia mendakwa Beijing menganiaya etnik Uighur di kem pelarian.

China mebtifatrkan “pusat latihan vokasional’ itu adalah untuk memerangi ekstremisme.

Kesemua 28 entiti itu didakwa terlibat dalam kempen penindasan China menerusi penahanan secara melampau dengan menggunakan pengawasan berteknologi tinggi terhadap etnik Uighur, dan ahli-ahli kumpulan inoriti Islam yang lain,” dakwanya.

Biro Keselamatan Awam Wilayah Xinjiang juga berada dalam senarai bersama 19 lagi agensi kecil kerajaan. – MalaysiaGazette