Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap kepada media selepas Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Aktiviti keganasan dan tahap keselamatan negara terhadap sebarang bentuk ancaman tidak akan menunggu kepada siapnya kertas putih Kementerian Pertahanan Malaysia.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lebih menyedihkan apabila faktor keselamatan tidak disebut dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya nak cakap dengan menteri pertahanan (Mohamad Sabu) bahawa pengganas dan keselamatan negara tak tunggu kertas putih dia.

“(Malah) Tak disebut pun pasal keselamatan. Saya tak bimbang dari segi jumlah, tapi saya bimbang dari segi apa yang dia nak buat dengan jumlah itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 lebih dua jam di Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan 2020 bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’.

Dalam pada itu, Hishammudin juga melahirkan rasa kesal apabila janji menteri pertahanan untuk menyiapkan kertas putih masih tertangguh sejak Julai lalu.

“Pada peringkat awal menteri pertahanan kata tunggu kepada kertas putih

“Lada 10 Januari lalu dia kata tunggu Julai, 29 Januari dia kata tunggu Ogos.

“Bila sampai ke Julai dia kata tunggu persidangan Dewan Rakyat. Sampai ke dewan dia kata November. Hari ini pula tunggu kata selepas bajet.

“Kalau jawapan dia masih kertas putih, saya tak yakin dengan apa yang nak dia lakukan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast