Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap pada sidang media selepas Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan Projek Bandar Malaysia dengan keluasan 486 ekar di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat setelah berunding untuk mendapatkan terma yang lebih baik kepada kerajaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tambah beliau, Projek Bandar Malaysia itu akan merangkumi Taman Rakyat, dengan pertambahan 5,000 unit rumah mampu milik dan peningkatan penglibatan kontraktor Bumiputera dalam projek ini.

Katanya, perolehan daripada projek ini akan dinilai dan diumumkan kelak dan akan digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast