Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR- “Tol tak mansuh tahun depan. PTPTN tak mansuh (tak sebut pun PTPTN dalam ucapan Belanjawan 2020). Harga petrol tak turun tahun depan. Tapi naik,” sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu hantaran terbaharu di Facebook, beliau berpendapat pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah Belanjawan 2020 tidak sebaik yang pernah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Dalam satu hantaran terdahulu Najib turut menyindir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin apabila nilai ambang hartanah bernilai RM1 juta diturunkan kepada RM600,000 kepada warga asing.

“Hebat Guan Eng dan Zuraida.

“Kalau masa dulu, warga asing hanya boleh beli hartanah RM1 juta ke atas.

“Kita mahu utamakan rakyat Malaysia memiliki rumah.

“Mulai 2020 sudah lain. Guan Eng kurangkan kepada RM600,000 sahaja.

“Hartanah bernilai RM600,000 sahaja, warga asing boleh beli.

“Syabas kepada Kerajaan PH.

“Kerajaan pertama yang buat Skim Pemilikan Mudah Warga Asing.

“Bukan sahaja kita jual aset negara.

“Rumah pun kita jual sekali kepada warga asing.

“Jual. Jual. Jual,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Hang tak bawa sekali jo lok mendengar pembentangan belanjawan ke….dongkey !!!!
    LGE ada sebut kerajaan terpaksa bayar hutang “bodoh”., kerajaan terdahulu “1 MDB dan SRC” (hutang yang bukti fizikalnya “tiada” akan tetapi berstatus hutang kerajaan Malaysia).Nak kata binatang Paras rupa menyerupai Manusia dan nak kata Manusia tingkah laku macam binatang sebab rasa malu langsung tiada.,walaupun sudah mencuri duit kerajaan Negara Malaysia.

    • Zaharah Nordin..dalam dunia moden yg berpaksi kpd undang2 kamu harus belajar cerdik bila berkomentar…DSN masih dlm perbicaraan yg kalau mengikut bahasa undang2,seseorang tidak bersalah sehingga di buktikan bersalah oleh proses mahkamah..hadam tu..
      Jgn jadi burung kakak tua yg mengikut saja ungkapan tuannya..
      Allah sendiri memberi perbicaraan yg adil kpd hambaNya dgn segala bukti di kemukakan di padang mahsyar walaupun Allah maha mengetahui kelaku baik dan jahat hambaNya..
      Kamu nak duduk di mana di akhirat nanti kalau di dunia lagi kamu terlebih sudu dari kuah bila menilai sesama saudara seislam..
      Saya bukanlah penyokong umno atau BN sebelum PRU14 tapi bukan juga mengundi PH..buka hati kamu bersihkan pemikiran..lihat sekeliling pandang keadaan semasa negara kita..
      Live is short.be happy dont worry..peace no war..enjoy the life..be positive follow the flow..biarkan DSN dengan proses mahkamah..
      Manusia membawa dosa setinggi langit sepenuh bumi menghadap Allah tetapi asbab sesuatu yang baik yang pernah dilakukan mungkin Allah ampunkan dosa hambaNya..DSN bukan malaikat,Tun M juga bukan suci cuma tun bernasib baik pada ketika ini..rezeki tun..hidup macam roda..

Comments are closed.