Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi jaminan akan memantau setiap sen peruntukan yang diberikan kepada kementeriannya dan memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan.
Katanya, Kementerian Pendidikan yang kekal sebagai penerima peruntukan paling banyak, katanya tanggungjawab yang besar adalah memastikan setiap golongan sasaran akan menerima manfaat daripada RM64.1 bilion.
“Keutamaan kami adalah setiap wang yang diperuntukkan mesti sampai kepada sasarannya.
“Keutamaan adalah proses integriti penyalurannya itu benar-benar dipantau kita tidak mahu lagi ketirisan, kecuaian berlaku seperti pentadbiran kerajaan lalu