Latheefa Koya dan Abdul Hamid Bador antara VIP yang menyertai program Menembak SPRM bersama Media sempena Ulang Tahun ke-52 SPRM di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang, Selangor.

KAJANG – Latheefa Koya percaya setiap agensi berita sama ada media cetak dan elektronik mempunyai peranan untuk mempromosikan imej dan ideologi positif agensi penguatkuasa kerajaan secara berterusan.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu berkata, program atau acara muhibah antara pihak berkuasa dengan pengamal media akan membantu pertukaran idea dan kerjasama lebih bersifat muhibah dalam mendekati sesuatu isu.

Katanya, walaupun kekangan masa yang wujud dalam kalangan media serta SPRM, maka ia tidak menghalang kedua dua entiti ini menjalin kerjasama muhibah.

“Program santai seperti program menembak yang menemukan SORM, PDRM, Jabatan Penjara dan media adalah jambatan penghubung kerjasama yang jitu.

“Ia penting dalam mempromosikan imej positif yang dibawa dan dipamerkan semua agensi SPRM, PDRM dan Jabatan Penjara dalam menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan negara dan rakyat bebas daripada sebarang gejala yang mungkin memberi impak negatif.

“Malah peranan ideologi yang dimainkan kami dalam tugas hakiki secara tepat penting untuk meraih semula sokongan rakyat supaya kepercayaan dan keyakinan mereka memberi henjutan positif dalam melaksanakan tugas secara adil tanpa menyebelahi  mana-mana pihak,” ujarnya ketika berucap merasmikan program Menembak SPRM bersama Media sempena Ulang Tahun ke-52 di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai tetamu khas selain menyertai acara menambak bagi kategori VIP bersama Latheefa.

Latheefa berjaya menang tempat kelapan terbaik dalam kategori Ketepatan menembak VIP manakala Hamid Bador pula menang tempat keenam.

Dalam pada itu, acara tahunan yang kali kedua dianjurkan SPRM itu menyaksikan Astro Awani muncul Johan diikuti, Media Prima sebagai Naib Johan serta MalaysiaKini dan FMT tempat keempat.

Peserta Jurukamera dari MalaysiaGazette, Jamie Shah telah memenangi tempat keempat bagi Ketepatan Individu Terbaik Media pada program kali ini.

Malah bagi kategori VIP, Jabatan Penjara Kajang muncul johan program menembak hari ini.

Latheefa Koya juga meluahkan hasrat supaya program itu dijadikan sebagai acara tahunan untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua entiti itu di masa akan datang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast