KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Melaka di bawah Pakatan Harapan (PH) didakwa tidak mengendahkan kemerosotan industri hotel di negeri itu yang turut meningkatkan kadar pengangguran.

Berdasarkan MP Kota Melaka, jumlah pelancong semakin meningkat di Melaka tetapi kadar pengambilan hotel di negeri itu semakin merosot pada tahun 2018 berbanding 2017.

Kadar kedatangan pelancong bertambah sebanyak 1.2% tetapi penghuni hotel telah merudum sebanyak 35% dalam setahun, kata Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka, Sharan Raj.

Menurutnya, jika trend ini berterusan, kadar pengangguran di Melaka akan meningkat kerana majoriti pekerja hotel di Melaka adalah warga Malaysia.

Pihak hotel juga didakwa mengelak untuk memberi bonus dan meningkatkan gaji pekerjanya

Raj mendakwa kewujudan ekonomi ‘Gig’ seperti AirBnB menyebabkan segelintir pelabur hartanah menyewa rumah kepada pelancong.

Kebanyakan pelabur hartanah AirBnB adalah daripada luar Melaka Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

Sedangkan, rumah AirBnB juga tidak mewujudkan pekerjaan konsisten berbanding industri hotel.

Malah, sebarang untung daripada sewa AirBnB mengalir keluar daripada Melaka ke kocek segelintir pelabur di luar negeri dan firma AirBnB di Amerika Syarikat, katanya. – MalaysiaGazette