TERKINI : Polis Akan Panggil NAJIB RAZAK Beri Keterangan “Hina Sultan Selangor”

Polis akan memanggil bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diambil keterangan pada minggu ini berhubung laporan polis Fitnah yang dibuat Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming awal Oktober ini dalam kes siasatan penghinaan terhadap Sultan Selangor melibatkan Nga Kor Ming Super Fans Page di Facebook yang tular 30 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, selain memanggil semula Kor Ming untuk merakam semula keterangan berkaitan kes itu, Polis turut berhubung dengan Ahli Parlimen BN Pekan untuk memanggil bagi merakam percakapan dalam kes tersebut.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast