KUALA LUMPUR – Malaysia terbuka untuk rundingan dengan Goldman Sachs (GS.N) selepas mengadakan dua pusingan perbincangan bagi menggugurkan dakwaan jenayah terhadap tiga unit bank berhubung skandal 1MDB, kata pendakwa negara utama kepada Nikkei Asian Review .

Penyiasat Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berkata, kira-kira AS$4.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tahun lepas, Malaysia memfailkan tuduhan jenayah terhadap Goldman atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga jualan bon yang menaikkan AS$6.5 bilion untuk 1MDB.

Pendakwa raya pada Ogos memfailkan tuduhan jenayah terhadap 17 bekas dan pengarah semasa Goldman Sachs.

Malaysia mempunyai kes yang kuat dan sangat yakin untuk menang, Nikkei yang memetik Peguam Negara, Tommy Thomas sebagai berkata, tetapi perbuatan jenayah dan rundingan penyelesaian itu berlaku selari.

“Banyak kes diselesaikan walaupun selepas perbicaraan bermula.

“Jadi, pintu perbincangan masih dibuka sementara pendakwaan membacakan kes jenayah,” katanya.

Tommy dan pegawai-pegawainya belum mengulas mengenai perkara ini.

Setakat ini, belum ada tarikh untuk perbicaraan jenayah.

Januari lalu, Lim Guan Eng berkata, Malaysia bersedia untuk berbincang menggugurkan pendakwaan jenayah ke atas Goldman Sach sekiranya bank itu setuju membayar sebanyak AS$7.5 bilion.

Goldman Sachs enggan mengulasnya,

Tetapi, ia berkata, bank itu sedang dalam rundingan dengan kerajaan dan pihak pengawas selia berhubung kemungkinan jalan penyelesaian siasatan berkaitan 1MDB. – MalaysiaGazette