BEIJING – Ekonomi berkembang 6%, paras paling perlahan sejak awal tahun 1990-an pada suku ketiga tahun ini.
Pertumbuhan itu jatuh sedikit berbanding unjuran 6.1%.
Kelembapan ekonomi China bagi tempoh tiga bulan sehingga September lalu disebabkan berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk perang perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Beijing sudah melaksanakan rangsangan ekonomi dengan pelbagai pendekatan termasuk pemotongan cukai.
Bagaimanapun, pertumbuhan yang direkodkan masih dalam unjuran pertumbuhan tahunan China antara 6% hingga 6.5%. – MalaysiaGazette