SEOUL – Harga minyak dunia stabil menjelang pengumuman prestasi pertumbuhan ekonomi paling lemah dalam tempoh tiga dekad disebabkan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Niaga hadapan penanda aras minyak global, Brent jatuh sebanyak AS$0.09 kepada AS$59.82 setong pada 0039 GMT.
Manakala West Texas Intermediate (WTI) naik sebanyak AS$0.04 kepada AS$53.97 setong.
Reuters yang membuat undian menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar China berkembang 6.1% pada bulan Julai-September, paras paling perlahan sejak suku pertama tahun 1992.
Kerajaan China dijanga mengumumkan prestasi suku ketiga pada 0200 GMT.
China adalah pengguna minyak terbesar dunia dan kelembapan ekonominya dijangka memberi tekanan kepada Beijing untuk melaksanakan pelan rangsangan ekonomi.- MalaysiaGazette