Nicolas Maduro. foto Agensi

CARACAS – Venezuela memenangi kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meskipun dikritik memiliki rekod hak asasi manusia yang lemah.

Perhimpunan Mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva itu menyaksikan negara Amerika Latin dipilih menduduki salah satu 14 kerusi baharu bagi 47 jawatankuasa.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menyifatkan ia merupakan pencapaian penting kerana pentadbirannya sering didakwa memenjara, menyiksa dan menangkap tokoh-tokoh pembangkang sewenang-wenangnya.

Lebih dari 50 negara tidak lagi mengiktiraf Maduro sebagai pemimpin negara yang sah.

Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan kerajaan di Amerika Latin – serta negara-negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Perancis, Jerman, Sepanyol dan United Kingdom – menyokong pemimpin pembangkang, Juan Guaidó sebagai presiden sementara.

Namun, China, Cuba dan Rusia masih terus menyokong Maduro, selain Mexico. – MalaysiaGazette