Prof. Dr. Teo Kok Seong

KUALA LUMPUR – Sokongan ‘luar biasa’ yang diterima oleh Wong Yan Ke yang melakukan protes semasa majlis Konvokesyen Universiti Malaysia (UM) baru-baru ini sebenarnya sudah menjawab persoalan siapa dalang di sebalik kejadian itu.

Ini kerana, secara logik akal, seseorang graduan tidak akan berkelakuan tidak senonoh pada acara rasmi universiti kerana ia bukan hanya menjejaskan majlis tetapi memberi kesan kepada masa depannya sendiri.

Oleh sebab itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong
yakin graduan yang waras dan rasional tidak akan berani  melanggar istiadat majlis konvokesyen tersebut kecuali
dia gila.

Menyifatkan tindakan Yan Ke itu sebagai pedajal (individu menyusahkan orang dalam bahasa utara), Kok Seong berkata, melihat sokongan yang diberikan kepada Yan Ke, tidak mustahil graduan itu ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

“Kelakuan graduan itu nampak tersirat tetapi apabila sudah ada yang menyokong, tindak-tanduk itu sudah tersurat nampaknya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan ke atas graduan itu wajar diteruskan supaya kejadian seumpama itu tidak patut berulang pada masa depan.

Ini kerana, apabila ada pihak dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang memihak kepada kelakuan Yan Ke, ia seolah-olah menunjukkan ada dalam kalangan parti kerajaan cuba ‘bunuh’ pihak yang lain sekali gus menyaksikan kerajaan kini berdepan dengan isu moraliti.

Malaysia pada hari ini semakin jelas menyaksikan kegagalan dalam pembentukan negara bangsa apabila ada dalam kalangan rakyatnya yang melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara secara terangan-terangan tanpa rasa malu.

Dalam kes graduan ini, Yan Ke secara jelas melanggar prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan sedangkan dalam sebuah negara yang demokrasi, terlalu banyak saluran untuk bersuara dan menyatakan bantahan.

“Tetapi bagi saya, kejadian ini tidak pelik sebab kerajaan sekarang mengamalkan liberalisme, menggalakkan kebebasan bersuara, reformasi. Sedangkan masyarakat belum matang, sebab itu berlakunya salah guna kebebasan yang diberikan,” ujarnya.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik dalang di sebalik kejadian yang mencemarkan nama baik Universiti Malaya, Kok Seong percaya ia bukan perbuatan bukan orang Melayu.

“Ini bukan cara orang Melayu. Orang Melayu ini, sejahat-jahat mereka pun ada batas. Mereka masih tahu adab. Yang ini aibkan orang tidak kira batas.

“Sebab itu saya sifatkan tindakan graduan itu bukan biadap, tetapi pedajal. Lebih teruk dari biadap,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Syabas prof..aku skong apa yg di katakn oleh prof..klu org ada ilmu dia tak akn berkelakuan mcn tu..ini pasti org gila shja yg berkelakuaan mcn ni..#dapig

  2. Amat memalukan kerajaan PH…. Pekara spt ni x pernah berlaku sebelum ini. Kerajaan Pengganas dan biadap

  3. Well said Prof. Memang nampak sangat budak ni ‘ditaja’ pihak2 tertentu. Mustahil seorang graduan universiti awam tidak tahu yang majlis konvokesyen adalah melibatkan istiadat tersendiri dan diketuai oleh Canselor (mostly Raja/Sultan). Pengkhianat politik ini cuba mempergunakan budak hingusan ini untuk merendahkan martabat Raja dan Sultan di Malaysia.

  4. Sebelum itu saya nak tabik kepada Dato’ prof .. yang fasih berbahasa Melayu yang mempunyai jiwa kemelayuan yang faham adat istiadat orang melayu….
    Dato’ prof.. mungkin pendajal ini terdiri daripada golongan politik yang menghasuk budak gila ini buat onak …!!.misti ada sesuatu aginda yang tersembunyi . jadi pehak UM harus mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkhianat bangsa ini…

Comments are closed.