Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki pelik di mana ‘suara’ Dr Maszlee Malik ketika timbalannya, Teo Nie Ching begitu lantang menekan Universiti Malaya (UM) untuk tidak mengambil tindakan ke atas kebiadapan Wong Yan Ke.

“Cuma peliknya tatkala Timbalan Menteri Pendidikan DAP, Teo Nie Ching begitu lantang menekan pentadbiran UM untuk tidak mengambil tindakan ke atas kebiadaban Wong Yan Ke, di manakah suara Menteri Pendidikan PPBM Dr Maszlee Malik?,” soal Ketua Pemuda UMNO itu melalui hantaran di Facebook.

Menurut beliau, apabila graduan Melayu berselfie di atas pentas ketika Majlis Konvokesyen UiTM berlangsung, penuntut itu digantung pengajian dan tiada pula suara mempertahankan kebiadaban tersebut.

Tetapi apabila graduan bangsa DAP membawa plakad bantahan dan menjerit-jerit protes di atas pentas ketika Majlis Konvokesyen UM berlangsung, bukan sahaja tidak diambil tindakan, malah dinobatkan sebagai hero pejuang kebebasan bersuara.

“Demikian jugalah apabila orang Melayu mempertahankan hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, terus dilabel rasis dan perkauman.

“Tetapi bila bangsa DAP mempertikaikan hak dan mahu menghapuskan kedudukan istimewa Bumiputera sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, maka itu dinamakan hak kebebasan bersuara,” katanya sinis. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tu ar tu… Ni semua salah sekolah vernacular… Lepas PRU15 nanti kita hapuskan sekolah vernacular boleh???
    Rasanya umno akan ikut cakap MCA/MIC supaya sekolah vernacular tetap diteruskan… Sedih dgn bangsaku yg lemah di kaki pendatang huhuhu…

Comments are closed.