Gambar Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau menyerahkan komik uku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Chin baru-baru ini.

KUALA LUMPUR- Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menafikannya telah memberi kebenaran untuk komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama diedarkan ke sekolah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam musykil sama ada Maszlee ada bertanya kepada timbalannya, Teo Nie Ching atau tidak.

Datuk Lokman Noor Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam

Ini kerana, dakwa Lokman, Kurator Muzium Kebudayaan komik Asa, Hew Kuan Yau ada melawat Nie Chin di kementerian untuk menyampaikan komik propaganda itu pada 12 September lalu.

“Lalu, komik propaganda itu mula diedar kepada semua sekolah menengah pada awal bulan Oktober.

“Maszlee pernah tanya bagaimana Kuan Yau mampu mempeolehi alamat untuk 2,500 sekolah menengah itu?” soalnya.

Dalam pada itu, Lokman juga mendakwa Kuan Yau telah menutup post itu walaupun sudah ada 400,000 pengikut itu hari ini.

“Tetapi dia (Kuan Yau) sudah terlambat kerana kita sudah lama buat checking,” katanya dalam kenyataan di Telegramnya malam ini.

Lokman juga mengepilkan gambar Kuan Yau menyerahkan komik kontroversi itu kepada Nie Ching.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Letak jawatan la timbalan menteri ni. Jgb buat malu kpm je. Ckp semua pandai sampai terangguk hangguk kepala.

Comments are closed.