LONDON – Polis di tenggara England menemui 39 mayat dalam kontena lori yang dipercayai datang dari Bulgaria.

Seorang lelaki warga Ireland Utara berusia 25 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan itu, lapor AP.

Ketua Penguasa Polis, Andrew Mariner berkata, pihak berkuasa dalam proses mengenalpasti identiti 38 mayat dewasa dan satu mayat remaja. Ia dijangka mengambil masa yang panjang.

Mariner berkata, lori tersebut memasuki negara itu pada Sabtu lalu dan polis sedang ‘bekerjasama dengan rakannya untuk melakukan siasatan’.

Halangan diletakkan di Taman Industri Waterglade, Thurrock yang telah ditutup. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast