Datuk Mior Faridalatrash Wahid Perak DAP Convention commotion
Datuk Mior Faridalatrash Wahid

KUALA LUMPUR -Empat individu termasuk Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau atau Superman dipanggil Bukit Aman hari ini.

Selain Superman, seorang lagi ialah Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, Raymond Chong, pelukis komik, Chong Po Ling atau lebih dikenali sebagai Tomato dan seorang lagi dipercayai rakan mereka diminta memberi keterangan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi ini mengesahkan perkara itu.

Katanya, kesemua individu itu akan dirakam keterangan petang ini oleh pegawai penyiasat D5 berhubung isu penerbitan dan pengedaran buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” yang kini menjadi kontroversi dan kemarahan setengah pihak di negara ini.

Mior berkata, kesemua individu berkenaan diminta tampil kerana mereka ada kaitan dengan penerbitan buku komik tersebut.

“Kesemua empat orang itu termasuk saksi akan hadir untuk memberi keterangan dan menyerahkan bukti kepada pegawai penyiasat (D5), terima kasih.

“Kenyataan akan diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah..petang ini ada sidang media Datuk Huzir (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman),” katanya secara ringkas menerusi WhatsApp.

Huzir dijangka akan memberikan butiran lanjut mengenai panggilan empat individu berkenaan dalam sidang media harian bersama Media 3 petang ini.

Artis Tomato dipanggil kerana merupakan pelukis komik buku yang diterbitkan oleh Superman pada April 2019 yang mana didakwa menerima menggalakkan di negara ini dan China.

Muzium itu membuat keputusan untuk mengedarkan buku komik dalam versi Bahasa Melayu itu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Dr.Maszlee Malik pagi ini dalam satu kenyataan terbaharu sekali lagi menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah-sekolah di bawah KPM.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. siasat sampai ke akar umbi….siapa dalang sebenarnya!!!!!
    RAKYAT MALAYSIA SENANTIASA BERSAMA PDRM

Comments are closed.