TERKINI : Osman Sapian dan MB Johor “Disenarai Calon PRK Tanjung Piai” – Marzuki Yahya

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan desas desus bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian turut disenarai sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, langkah itu didakwa adalah gesaan akar umbi agar beliau disenaraikan sebagai calon.

“Setakat ini nama dia ada tersenarai tapi kita belum buat keputusan. Ada cadangan daripada pihak akar umbi yang mencadangkan nama beliau,” katanya di lobi Parlimen hari ini.