KUALA LUMPUR – Laman media sosial popular, Facebook dan dan Instagram mengharamkan penggunaan ikon atau emoji seksual termasuk terung, buah peach dan titisan air.
Garis panduan terbaharu melarang kesemua emoji tersebut dan tidak boleh digunakan kerana ia menggambarkan aktiviti dan bahagian tubuh yang disamakan dengan ikon-ikon itu.
Peraturan baharu itu di bawah Seksyen 16, Komuniti Standard di bawah Permohonan Seksual.
Emoji terung dan buah pic antara ikon yang diharamkan di Facebook dan Instagram.
Dengan pengenalan kepada penambahan baharu itu, Facebook memaklumkan pihaknya meletakkan ‘when content facilitates, encourages or coordinates sexual encounters between adults.’
Terdapat dua kriteria baharu di bawah seksyen berkenaan.
Yang pertama adalah pengguna mesti ‘secara tersirat atau tidak langsung’ menawarkan beberapa bentuk komunikasi seksual sama ada ‘imej telanjang,’ seks, atau ‘perbualan sembang seks’.
Kriteria kedua pula adalah bahawa kandungan harus mempunyai beberapa bentuk ‘unsur-unsur yang bersifat seksual.’
Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik kerana terlalu memberi perhatian mengenai isu itu berbanding rasis dan propaganda yang ada di laman sosial yang sama.- MalaysiaGazette
Bagaimana pulak dengan iklan berunsur seks yang memang jelas perkataan dan gambar berunsur seks? Adakah ianya akan dibiarkan saja di iklankan demi mendapat hasil sewa iklan?