KUALA LUMPUR – Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa) tetap dengan keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dengan menamakan Presidennya, Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz sebagai calon.
Keputusan itu diumumkan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.
Pengumuman tersebut menarik perhatian pemerhati politik kerana beberapa jam sebelum parti itu mengumumkan nama calonnya, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin mengeluarkan kenyataan mengharap Berjasa menarik diri daripada bertanding.
Ini kerana, kata Abdullah, bagi menghormati kerjasama parti itu bersama Pas dan Ikatan di bawah Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette