PONTIAN – Pengundi-pengundi yang akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemilih di Parlimen Tanjung Piai dinasihatkan agar membuat pilihan bijak memilih calon yang boleh menjadi wakil rakyat kepada semua kaum di kawasan mereka dan bukannya kerana ia adalah Melayu.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tidak guna memilih calon Melayu jika pemimpin di dalam parti yang diwakilinya tidak mengendahkan untung nasib bangsa Melayu.
Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya wakil rakyat yang dipilih bukan daripada orang Melayu tetapi mempunyai hati yang baik dan boleh menolong orang Melayu di kawasannya.
“Sebab Wee Jack Seng orang Cina yang baik. Daripada orang Melayu yang hati tak betul baik orang Cina yang hati, ada macam-macam pemimpin Melayu yang hati tak betul, baik orang Cina yang hatinya betul.
“Kita tak pilih orang ikut warna kulit tapi kita pilih jika hati dia betul orang itu boleh bantu kita,” katanya ketika berucap pada sesi bertemu pengundi di PDM Sungai Boh di sini malam tadi.
Dalam pada itu Najib berkata, jika Barisan Nasional (BN) menang pada PRK berkenaan ia merupakan petanda parti itu menuju selangkah lagi untuk menakluki semula Putrajaya.
Katanya, jalan untuk ke Putrajaya telah bermula pada PRK di Cameron Highlands dan ia kini berpindah pula ke Tanjung Piai.
Beliau turut menaruh keyakinan akan berlaku banyak lagi PRK selepas ini ekoran ramai dalam kalangan wakil rakyat mengalami masalah kesihatan.
“Lepas ini ada lagi, banyak lagi wakil rakyat yang tak sihat. Tapi bila kita menang 4-0 nanti barulah dia gabra.
“Baru dia tau tinggi rendah langit, barulah dia tahu bumi mana yang dipijak sebab apa kita nak bagi isyarat kita menolak kerajaan PH ini,” ujarnya.
Pengundian PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan 16 November ini manakala pengundian awal pula 12 November.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.
Pada PRU14, Dr Md Farid memenangi kerusi Parlimen itu, mewakili Pakatan Harapan dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan calon BN, Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi). – MalaysiaGazette
Rakyat patut pilih calun bebas. Buat ape pilih bn bkn dia boleh jadi kerajaan pun malah akirnya akan uturn mcm madi. Klau kita pilih harapan pun memang tak boleh harap tahun depan harga barang tentu naik kerana harga petrol subsidi hanya b40 saja yg layak. Pilih bebas ati cenang dan tak kene gencing lagi.