Logo Aramco

RIYADH – Aramco mengesahkan hasratnya untuk disenaraikan di Bursa Riyadh.

Penyenaraian itu akan menjadi Tawaran Awam Permulaan (IPO) terbesar di dunia.

Syarikat tersebut akan mengenal pasti harga pelancaran UPO selepas berjaya menarik minat dalam kalangan pelabur.

Sumber-sumber perniagaan berkata, Arab Saudi akan menguasai 1 atau 2% kepentingan dan tawaran itu adalah untuk saham syarikat yang sedia ada.

Aramco dianggarkan bernilai kira-kira AS$ 1.2 trilion.

Firma itu berkata, ia tidak mempunyai rancangan semasa untuk penyenaraian saham asing, dengan mengatakan rancangan lama untuk IPO dua peringkat termasuk penawaran pertukaran mata wang asing telah diketepikan sekarang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast