Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (kanan) bertanyakan khabar dengan salah seorang penduduk, Tee Suat Teng (kiri) ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Klinik Kesihatan Pekan Nanas, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 04 NOVEMBER 2019.

PEKAN NANAS – Perkhidmatan Klinik Kesihatan Pekan Nanas masih perlu diperbaiki demi keselesaan pelawat dan pesakit tempatan.

Calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini berkata, lawatan beliau pagi ini ke Klinik Kesihatan itu yang dipindahkan ke kawasan baharu lebih strategik dengan bangunan baharu dan luas selain kemudahan tempat letak kereta yang banyak memudahkan urusan pesakit tempatan.

“Namun kelengkapan di klinik sini masih perlu diperbaiki lagi. Kami ada darinya dah tunggu dari pukul 7 pagi sampai sekarang tak boleh masuk untuk dapatkan rawatan dan ada beberapa aduan berkaitan.

“Kadang-kadang jika berlaku kekurangan sebegini mereka seolah-olah mempersalahkan kerajaan, sebenarnya itu tidak betul kadang kadang lepas dibina dan dikunjungi orang yang terlalu ramai menyebabkan kemudahan sedia ada tidak cukup, itu sahaja.

“Kami perlu buat tinjauan selepas ini dan bincang dengan pengarah klinik kesihatan di sini untuk mengetahui isu isu berbangkit yang lain jika ada dan memperbaiki sistem perkhidmatan yang disediakan supaya bertambah efektif dan menambah keselesaan pesakit tanpa kesulitan supaya dipandang positif di mata masyarakat,” katanya selepas melawat klinik berkenaan pagi tadi.

Karmaine menjelaskan kemudahan kuarters kakitangan Klinik Kesihatan itu tidak cukup dan kerajaan sepatutnya mempertimbangkan untuk menambah kemudahan penginapan itu.

“Ini sebenarnya mereka kena mohon kepada Kementerian Kesihatan bagi menambah unit kuarters kakitangan klinik ini dan saya harap menteri berkaitan mempertimbangkannya,” ujar beliau.

“Kami akan turun tinjau nanti bila ada kelapangan apa jenis kelengkapan lagi yang boleh ditambah baik untuk memastikan klinik kesihatan ini lebih mesra pesakit dan sempurna,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast