PETALING JAYA – Pemain tengah kebangsaan, Nor Azam Azih yakin kehadiran dua pemain baharu, Afiq Fazail dan Baddrol Bakhtiar akan memberi impak besar kepada pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi dua aksi Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada 14 November ini dan Indonesia pada 19 November ini.