Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Pas menyelar Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ketika berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Johor di Muar pada Ahad lalu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hasutan yang dilemparkan Setiausaha Agung DAP itu adalah kali ketiga terhadap Pas dan UMNO sejak Mac dan Oktober lalu.

Guan Eng tegas beliau, telah menghasut orang bukan Islam dengan melemparkan fitnah jahat terhadap Pas dan UMNO menerusi ucapan yang disifatkan sebagai keterlaluan dan boleh mengheret negara ke kancah perpecahan lebih besar.

“Dalam ucapannya pada 3 November lalu, Guan Eng mendakwa sekiranya UMNO dan Pas berkuasa, maka hak-hak asasi masyarakat bukan Islam akan dihapuskan.

“Malah, Guan Eng juga mengatakan UMNO dan Pas tidak akan membenarkan mereka berkumpul bagi menunaikan amalan ibadat mereka. Hasutan ini keterlaluan dan ia telah diulang-ulang beberapa kali,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, laporan polis mesti dibuat supaya Guan Eng boleh disiasat atas tiga ucapan berbaur hasutan yang telah diucapkan sebelum ini atau, adakah beliau kebal dengan tindakan undang-undang sehingga boleh berlagak samseng? – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. mengimbas ucapan Najib Razak sewaktu menjadi ketua pemuda Umno pada 1987.

    “Saya memperingatkan bahawa beberapa bulan sebelum menjelang Ops Lalang tahun 1987, pergerakan pemuda Umno yang dipimpin oleh Najib Razak waktu itu, berucap “basahkan keris dengan darah Cina”

    “Dia tidak pernah minta maaf atas ucapan itu sehingga beliau menjadi perdana menteri keenam.

Comments are closed.